Kegunaan Keladi cina

Talas tangkai hijau (bukan ungu) berdaun agak bulat bukan bersegi dapat dibuat sayur lompong, sayur asam tetelan, atau sayur lodeh.Umbisi keladi Cina

Antara bahagian keladi yang berguna termasuklah umbi (ubi), tangkai daun, bunga dan sulurnya.

Di serata dunia, ubi keladi sering dimakan dengan cara direbus, dikukus, dipanggang, digoreng dan sebagainya menjadi tepung, bubur, dan kuih. Ubi keladi juga dimasak untuk dibuat kudapan seperti pengat, bubur dan keladi goreng atau dijadikan rampaian dalam lauk dan masakan. Pemakanannya tidak boleh berlebihan kerana boleh menyebabkan masalah kembung perut dan gangguan pencernaan.[14]

Di Kepulauan Mentawai dan Papua, Indonesia, keladi dimakan sebagai makanan ruji menggantikan padi manakala di Hawaii dan beberapa kawasan di rantau kepulauan Polinesia pula, umbisi keladi dikukus dan ditumbuk lumat menjadi suatu lauk yang boleh dimakan terus (seperti poi) atau ditapai untuk dimasak dengan cara tertentu[3].

Tangkai daun (disebut batang) dan sulur keladi juga sangat berguna[15]. Bahagian ini sering digunakan dalam masakan untuk dicelur, disayur, ditumis atau digoreng untuk dibuat ulam serta lauk seperti sayur keladi dan batang keladi tumis. Bahagian daun sama ada yang tua mahupun yang masih muda, turut digunakan sebagai makanan ternakan seperti ikan kaloi dan khinzir.[3] Daun-daun muda terkenal sebagai pembungkus buntil yang banyak diminati.[3] Daunnya juga boleh merawat ulser, bisul, atau bahagian yang terlecur air panas.[14]

Rujukan

WikiPedia: Keladi cina http://animhosnan.blogspot.com/2010/07/keladi-mawa... http://animhosnan.blogspot.com/2019/12/tanam-kelad... http://animhosnan.blogspot.com/2018/03/tanaman-kel... http://animhosnan.blogspot.com/2020/04/keladi-telu... http://knorazmiey.blogspot.com/2013/10/keladi-udan... http://warisanpetani.blogspot.com/2016/03/pokok-ke... http://warisanpetani.blogspot.com/2016/04/pokok-ke... http://warisanpetani.blogspot.com/2016/03/sulur-ke... http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=talas http://www.proseanet.org/prohati2/browser.php?docs...